fbpx

Hari Ini Dalam Hiburan (N.572)

VIDEO HARI INI: Sudah hari Jumaat, ini yang perlu anda buat. Selamat berhujung minggu!

Selepas tiga tahun berpisah, akhirnya Jennifer Lopez dan Marc Anthony telah sah bercerai selepas mahkamah Los Angeles memberikan kata putus tentang hak penjagaan bersama anak kembar mereka yang berusia 6 tahun. – Huff. Post

17 Cara Dunia K-Pop Akan Mengubah Kehidupan Anda, Selamanya. Kot. – Soompi

Bintang siri televisyen Sherlock, Benedict Cumberbatch khabarnya kini sudah mempunyai seorang teman wanita namun pelakon itu masih berahsia akan identiti wanita bertuah itu dan dia lebih suka hal peribadi menjadi rahsia. Hmm. – Celebuzz

Pelakon Rita Rudaini tidak akan membenarkan isteri kepada Aidil Zafuan, Zarema Zainal untuk mendekati anak-anaknya kerana menganggap wanita tersebut sebagai punca anak-anaknya kini terputus hubungan dengan bapa mereka. – Utusan Malaysia

Ini bukan kali pertama pasangan selebriti ini melakukan iklan percuma sebegini, terbaru Emma Stone & Andrew Garfield sekali lagi menggunakan perhatian yang diberikan paparazzi kepada mereka untuk mempromosikan badan kebajikan pilihan mereka. – People