fbpx

Hari Ini Dalam Hiburan (N.571)

VIDEO HARI INI: Artis kelahiran Malaysia, Red Hongyi (dan dengan artis kami bukan maksudkan selebriti) telah kembali dengan karya terbaru beliau khas bersempena dengan demam Piala Dunia 2014 dengan melukis potret pemain bola sepak popular, menggunakan bola.

Anak gadis kepada Barack Obama, Malia Obama yang berusia kini 15 tahun telah diterima untuk bekerja secara sementara sebagai pembantu produksi untuk sebuah siri TV Halle Berry berjudul Extent. Berminat dengan dunia Hollywood rupanya. – Inside TV

Pelakon Pekin Ibrahim kesal apabila gambarnya bersama beberapa individu yang kononnya memperjuangkan fahaman songsang Skinhead dan Nazi disalah erti dan dianggap sebagai cuba menonjolkan budaya itu walhal ianya hanya untuk tujuan kajian filem semata. – mStar Online

Bintang siri TV Chuck, Zachary Levi dikhabarkan telah selamat melangsungkan perkahwinan secara senyap dengan kekasihnya Missy Peregrym di Maui dan selama ini pun pasangan ini tidak selalu mendedahkan perkembangan hubungan mereka. Tahniah! – Just Jared

Rangkaian televisyen NBC khabarnya kini sedang giat membuat persiapan untuk membawa kisah dan sejarah The Beatles untuk menjadi satu siri TV sebanyak lapan episod dari penubuhan pada 1960 sehingga perpecahan mereka pada 1970. – Huff. Post

Kumpulan paling lama bertahan dalam dunia hiburan Korea, Shinhwa dilaporkan akan membuat kemunculan semula pada minggu pertama Januari 2015 dengan sebuah album penuh selain merangka konsert jelajah dunia selepas itu. – Soompi