fbpx

Hari Ini Dalam Hiburan (N.570)

VIDEO HARI INI: Oktober ini James Franco dan Seth Rogen akan kembali ke pawagam dengan karya epik berjudul The Interview di mana mereka berdua bakal berlakon sebagai wartawan untuk satu misi membunuh Kim Jong-Un di Korea Utara.

Rakan baik kepada Taylor Swift, Ed Sheeran dalam satu temubual baru baru ini mendedahkan yang penyanyi itu bakal menulis semua lagu dalam album terbaru nanti & tidak akan menjalankan kolaborasi dengan sesiapa. Eh jangan tamak, heh. – Just Jared

Program variasi popular di Korea, Running Man mengucapkan terima kasih kepada semua para penonton yang menyokong mereka selama ini sehingga mampu bertahan ke episod 200 yang terlah ditayangkan hujung minggu lalu. – Soompi

Ramai sebenarnya tidak faham dengan status pasangan ini, terbaru Gwyneth Paltrow dan Chris Martin dikhabarkan sebenarnya masih tinggal bersama di kediaman mereka di Brentwood dan menghabiskan hujung minggu bersama di Malibu. Kahwin balik’lah. – Huff. Post

Bintang Hollywood John Cusack dan Adrien Brody masing masing telah sah bakal membintangi filem perang epik dengan bajet US$65 juta terbitan Jackie Chan yang berjudul Dragon Blade. Harapnya betul epik filem ini nanti. – THR

Penerbit filem Ahmad Idham mengesahkan telah meninggalkan syarikat produksi miliknya Excellent Pictures sejak Mei lalu kerana ingin memberi fokus kepada Ahmad Idham Film Academy (AIFA) yang ditubuhkan di Nusajaya, Johor. – mStar Online