fbpx

Hari Ini Dalam Hiburan (N.569)

VIDEO HARI INI: Claus Wahlers, seorang pendudul tempatan di Sao Paulo, Brazil merakamkan bunyi sorakan jiran tetangga beliau ketika perlawanan Brazil menentang Croatia pada pembukaan Piala Dunia 2014 dan bergegar dengan vuvuzela.

Penyanyi Kelly Clarkson mengumumkan melalui akaun Twitter pada Sabtu lalu yang beliau telah selamat melahirkan bayi perempuan yang diberi nama River Rose dan merupakan anak pertama dengan suaminya, Brandon Blackstock. – CNN

Dengan angka kutipan hari pembukaan yang kuat, Sony Pictures menjangkakan yang filem sekual terbaru mereka 22 Jump Street akan berjaya membawa pulang US$60 juta untuk tayangan sepanjang hujung minggu pertama. – Inside Movies

Bekas juara program Idola Kecil musim keenam, Danial Cheur Hamasiah muncul sebagai juara pertandingan Idola Kecil Ultra dan berjaya membawa pulang wang tunai RM30,000 berserta trofi selain kontrak bersama The Talent Unit bernilai RM50,000. – mStar Online

Pelakon Jason Momoa yang lebih dikenali di kalangan kaki TV sebagai pahlawan dan ketua Dothraki dalam Game of Thrones dikhabarkan akan membawa watak Aquaman dalam filem sekuel Man of Steel, Batman v. Superman: Dawn of Justice. Whoaa! – Huff. Post

Selepas menerima banyak permintaan dari peminat di Jepun, kumpulan pop Korea A-Pink mengesahkan yang mereka akan memasuki pasaran Jepun tidak lama lagi dan akan mengadakan persembahan pertama di sana sekitar Ogos nanti. – Soompi