fbpx

Hari Ini Dalam Hiburan (N.568)

VIDEO HARI INI: Filem pertama berjaya melekat di minda kita semua dan kini sekuel Dumb and Dumber akan muncul dengan barisan pelakon sama iaitu Jim Carrey & Jeff Daniels. Ini trailer pertama yang dilancarkan untuk tatapan anda.

Kerana masih belum sembuh daripada jangkitan virus baru baru ini, Paul McCartney terpaksa menunda konsert jelajah baru beliau di Amerika Syarikat His Out There yang sepatutnya bermula Jun ini ke pertengahan Julai. – Rolling Stones

Pelakon Korea Lee Seung Gi telah tercedera selepas pisau prop tercucuk ke bahagian mata ketika menjalani penggambaran drama SBS You’re All Surrounded baru baru ini dan telah menyebabkan pendarahan dalaman. Get well soon. – Soompi

Selepas berbelanja lebih US$40 juta untuk membeli kediaman model popular Gisele Budchen, Dr. Dre yang kini merupakan orang kaya baru telah senaraikan rumah lamanya di Hollywood Hills untuk dijual dengan nilai US$35 juta. Siapa ada duit lebih boleh beli. – THR

Tidak dinafikan yang anak memang cermin identiti ibu bapa namun buat anak anak kepada supermodel Cindy Crawford, mereka berdua memang nampak sama dengan penampilan model itu ketika zaman muda. Boleh menyambung legasi ibu mereka. – Huff. Post

Kes khalwat pelakon, Shahz Jaszle ditangguh kepada tarikh 12 Ogos 2014 berikutan Hakim Syarie Abd Halim Abu Samah di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling tidak dapat bertugas kerana dijangkiti demam denggi. – GUA