fbpx

Hari Ini Dalam Hiburan (N.567)

VIDEO HARI INI: Tiga hari lagi sebelum sepak mula Piala Dunia 2014, Nike telah tampil dengan sebuah iklan dalam bentuk animasi menyaksikan perlawanan epik terakhir jaguh bola sepak dunia menentang klon mereka. Anda sokong negara mana?

Pelakon ini sering menjadi bahan usikan di internet dan terbaru Nicolas Cage nampaknya akan sekali lagi menjadi bahan bualan selepas beliau dilihat tampil menggayakan sehelai t-shirt yang tertera wajahnya sendiri. Siapa lagi mahu puji diri sendiri ‘kan? – Huff. Post

Pelakon Ayu Raudhah berkata gosip suaminya Zaquan Adha bermain kayu tiga baru baru ini selepas satu paparan skrin perbualan cinta tersebar telah memburukkan reputasi mereka sebagai suami isteri. Sayangkan reputasi rupanya. – mStar Online

Semenjak mereka mengumumkan perpisahan beberapa bulan lalu, apa sahaja yang dilakukan Gwyneth Paltrow & Chris Martin seakan bertentangan dengan apa yang mereka akui & terbaru, mereka kelihatan sangat mesra keluar berdua hujung minggu lalu. – Fish Wrapper

Selebriti George Clooney nampaknya melangkah kembali ke skrin kecil (televisyen) selepas banyak menempa nama di layar lebar namun kali ini beliau akan bertindak sebagai penerbit untuk beberapa siri TV bersama Sony Pictures Television. – THR

Lagu dan video muzik terbaru Psy berjudul Hangover nampaknya mula menjadi bualan media dunia mendebatkan maksud tersirat di sebalik video yang turut menampilkan Snoop Doog itu dan 21 juta tontontan dalam masa 24 jam. Fuh! – SMH