fbpx

Hari Ini Dalam Hiburan (N.566)

VIDEO HARI INI: Kami rasa anda semua pun sama, lebih mengenali Macklemore berbanding Ryan Lewis yang sebenarnya sama penting dalam duo popular Macklemore & Ryan Lewis. Oleh itu, Ryan Lewis pergi sendiri bertanyakan tentang populariti beliau kepada peminat di luar.

Bintang komedi, Tracy Morgan yang terlibat dengan nahas jalanraya yang cukup dahsyat baru baru ini dijangka akan tinggal di hospital untuk satu jangkamasa yang pandang ekoran keadaan beliau yang masih kritikal. Get well soon, bro!TMZ

Bakat nyanyian bintang Korea ini bukan satu rahsia selepas sering membawakan runut bunyi (soundtrack) untuk drama lakonannya namun lagu terbaru Park Shin Hye berjudul My Dear merupakan ciptaan beliau bersama abangnya, Park Shin Won. – Soompi

Acara tahunan 68th Tony Awards yang meraikan pencapaian terbaik drama juga muzikal di Hollywood telah selamat berlangsung semalam di mana menyaksikan kemenangan besar nama nama seperti Neil Patrick Harris, Bryan Cranston & Audra McDonald. – THR

Kediaman Sandra Bullock di Los Angeles baru baru ini telah dipecah masuk oleh seorang lelaki berusia 39 tahun, Joshua Corbett dan ketika kejadian selebriti itu ada di rumah berkenaan namun tidak mengalami sebarang kejadian buruk. – Huff. Post

Pelakon Rozita Che Wan mendedahkan yang beliau berjaya menyekat kira-kira 1,000 pengikut laman sosial Instagram miliknya kerana rimas dengan komen komen yang ditinggalkan apabila gambarnya dimuat naik. Padan muka semua. #eh – mStar Online