fbpx

Hari Ini Dalam Hiburan (N.565)

VIDEO HARI INI: Kami pilih iklan GOL! dari McDonald’s ini sebagai yang terbaik setakat ini untuk kempen Piala Dunia 2014 yang akan datang.

Pelakon komedi dan bintang siri TV 30 Rocks, Tracy Morgan kini berada dalam keadaan kritikal selepas beliau terlibat dengan satu kemalangan jalan raya yang melibatkan enam buah kenderaan termasuk dua buah lori besar di New Jersey. – Yahoo! News

Pelakon Evan Rachel Wood telah disaman sebanyak US$30 juta selepas beliau menarik diri untuk menjadi teraju dalam filem sekuel bertajuk 10 Things I Hate About Life dan pihak produksi mendakwa mereka sudah membayar US$300,000 sebagai pendahuluan. – TMZ

Walaupun beliau dilihat sebagai seorang yang serba boleh dalam dunia hiburan, Adibah Noor merasakan dalam kehidupan beliau bukan seorang wanita yang serba boleh dalam hal & urusan rumahtangga dan lebih selesa untuk hidup sendiri. – Utusan Malaysia

Filem percintaan remaja yang diadaptasi dari novel dengan tajuk yang sama, The Fault in Our Stars dijangka akan mengutip US$52 juta untuk tayangan hujung minggu lalu dan ini sesuatu yang membanggakan untuk filem dengan kos serendah US$12 juta. – THR

Baru baru ini melalui akaun Twitter, Calvin Harris telah mengumumkan yang beliau sudah putus cinta dengan penyanyi Rita Ora dan timbul pula spekulasi mengatakan Justin Bieber merupakan punca perpisahan pasangan ini. Apa kes? – InTouch Weekly