fbpx

Hari Ini Dalam Hiburan (N.563)

VIDEO HARI INI: Kami tidak jumpa apa perkataan untuk lip sync dalam Bahasa Melayu selepas 3 jam mencari atau kami yang tidak pandai. Yang pasti, duet lip sync ayah dan anak untuk lagu Love Is An Open Door ini sangat comel.

Tarikh tayangan untuk filem terbaru lakonan Mila Kunis dan Channing Tatum berjudul Jupiter Ascending telah ditunda ke 6 Februari 2015 daripada jadual asal Julai ini kerana ianya masih memerlukan masa untuk suntingan grafik. – Just Jared

Ramai sebenarnya terkejut dengan keputusan Kim Kardashian & Kanye West untuk berbulan madu di Ireland selepas perkahwinan mereka dan pasangan ini mendedahkan mereka pernah menyambut hari jadi di sana dan terus jatuh cinta selain berjanji mahu kembali. – People

Peminat drama Korea mana yang tidak terkesan dengan Stairway to Heaven dan kini pasangan Choi Ji Woo dan Kwon Sang Woo akan kembali berlakon dalam sebuah drama berjudul Temptation, pertama kali sejak 11 tahun yang lalu. – Soompi

Ramai menunggu siri TV spinoff Breaking Bad berjudul Better Call Saul namun kenyataan terbaru daripada penciptanya, Vince Gilligan seakan memudarkan harapan apabila beliau mengakui ianya seakan satu kesilapan untuk diteruskan. Hmm. – Huff. Post

Penyanyi dan pengacara terkenal Dato’ AC Mizal bakal membuat satu projek khas di mana beliau kini sedang mencari ahli kumpulan 4U2C yang baru dan kemungkinan besar kumpulan itu akan kembali ke persada dunia hiburan. Yeay? – Murai