fbpx

Hari Ini Dalam Hiburan (N.562)

VIDEO HARI INI: Angelina Jordan Astar hanya berusia 8 tahun dan beliau telah pun memenangi pertandingan realiti TV Norway’s Got Talent dengan membawakan lagu klasik Summertime versi dendangan Ella Fitzgerald dan Louis Armstrong. Fuuu!

Ini sedikit tidak sihat untuk dibuka di tempat kerja, kami sudah pesan. Penyanyi Rihanna tampil di karpet merah 2014 CFDA Fashion Awards dengan busana yang menampakkan lebih 80% tubuh badannya sehingga ada yang menggelar sebagai fesyen bogel. – Just Jared

Pelakon remana yang semakin meningkat naik Chloë Grace Moretz baru baru ini telah dilihat keluar bersama anak sulung kepada David Beckham, Brooklyn di Santa Monica di mana mereka berdua dilihat bermain skateboard. Bercinta? Heh. – Celebuzz

Lagu popular kumpulan pop Korea, Girls’ Generation (SNSD) berjudul Mr. Mr. telah berjaya tersenarai dalam 25 Best Songs of 2014 setakat ini yang dikeluarkan majalah TIME yang turut ada menyenaraikan lagu dendangan Sam Smith, Michael Jackson and Mariah Carey. – Soompi

Berhijrah dari negara yang sama Singapura, Shah Iskandar yang baru baru ini berjaya bergelar Pelakon Lelaki TV Paling Popular berkata beliau enggan dibayanyi oleh populariti Aaron Aziz dan ingin tampil dengan imej juga jenama sendiri. – Sinar Harian

Kereta mewah jenama Maserati milik Miley Cyrus yang dilarikan dalam kejadian pecah masuk kediaman penyanyi popular itu sudah ditemui kembali namun masih tiada tangkapan dilakukan dan kes kini masih dalam siasatan pihak polis. – TMZ