Hari Ini Dalam Hiburan (N.560)

VIDEO HARI INI: Peminat filem Star Wars? Anda akan jatuh cinta dengan pemuzik jalanan ini.

Kalau anda belum tahu, menjelang hujung minggu lalu video berhantu Korea nyanyian Psy, Gangnam Style berjaya menjadi video pertama di dunia mencapai tontonan melebihi 2 billion di Youtube. Bila lagu baru akan keluar lagi ya? – Daily Mail

Anggota kumpulan T-ARA, Jiyeon yang ditemubual majalah BNT International mendedahkan yang beliau mengidamkan untuk berlakon di samping pelakon Korea Jung Woo & juga Benedict Cumberbatch yang popular menerusi siri TV Sherlock. – Soompi

Nampaknya mereka memang menjadi perhatian dunia, Sekeping gambar perkahwinan Kim Kardashian & Kanye West yang dimuatnaik ke Instagram telah berjaya memecah rekod sebagai gambar paling banyak menerima LIKE dengan kiraan melebihi 2 juta setakat ini. – Huff. Post

Selepas lebih lapan bulan bercinta, pasangan Charlize Theron teman lelakinya Sean Penn dikhabarnya kini sedang serius untuk mendirikan rumahtangga selain mahu membina keluarga bersama menurut sumber terdekat dengan pasangan ini. Yay! – US Weekly

Pelakon Remy Ishak berkata beliau bukanlah pelakon yang suka meminta bayaran tinggi atau demand sebaliknya antara beliaulah pelakon yang dibayar paling murah oleh syarikat produksi di negara ini selain menafikan mewah berbelanja. – mStar Online

×