fbpx

Hari Ini Dalam Hiburan (N.559)

VIDEO HARI INI: Jika semalam kita merasa tua dengan melihat teknologi zaman 70’an, mari lihat masa hadapan kita di mana kereta akan mampu memandu sendiri dan kita tidak perlu risau akan kesesakan lalu lintas mahu pun kemalangan.

Bintang Hollywood, Brad Pitt dilaporkan telah ditumbuk secara tiba tiba oleh seorang lelaki warganegara Ukraine bernama Vitalii Sediuk ketika tayangan perdana filem Maleficent dan pelakon itu sempat membalas balik sebelum polis campur tangan. – Just Jared

Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling menetapkan 8 September depan bagi membuat keputusan terhadap bantahan awal berhubung nusyuz yang difailkan oleh Mohd Edy Casmadi Che Hussin terhadap isterinya pelakon Sari Yanti sebelum ini. – mStar Online

Pelakon popular menerusi siri TV True Blood, Evan Rachel Wood telah mengambil kata putus untuk berpisah dengan suaminya Jamie Bell hanya selepas dua tahun berkahwin dan pasangan ini mempunyai seorang anak berumur 10 bulan. – Daily Mail UK

Status popular bukan lesen untuk tidak turun mempromosikan filem (perhatian kepada selebriti Malaysia), Tom Cruise baru baru ini telah terbang ke tiga buah negara dalam tempoh 24 jam untuk menghadiri tayangan perdana filem terbarunya Edge of Tomorrow. – People

Bakal kembali dengan album solo sejak kali terakhir empat tahun lalu, Taeyang (Big Bang) baru baru ini mendedahkan senarai lagu yang akan terkandung dalam album berjudul RISE itu dan akan ke pasaran secara digital 2 Jun ini. – Soompi