fbpx

Hari Ini Dalam Hiburan (N.558)

VIDEO HARI INI: Bersedia untuk rasa tua, sangat tua. Teknologi adalah awesome!

Rumah Terbuka Kardinal ‘IllumiRaya’ Membawa Transformasi Untuk Komuniti Kreatif Lokal!

Bila sebut Kardinal mesti korang ingat mengenai rokok alternative kan? Kardinal kini ingin menjadi salah satu brand yang menawarkan penyelesaian untuk membantu perokok tegar berhenti merokok. Bertempat di Boathouse By The Lake, Ampang Jaya pada...

Baca Lagi

Nampaknya peminat filem masih pergi menonton Frozen di panggung wayang selepas rekod terbaru menunjukkan yang kutipan tiket untuk animasi popular itu berjaya menjadikan ianya filem kelima paling untung pernah diterbitkan di dunia dengan US$1.2 billion. – E! Online

Dek kerana pengalaman menaiki kapal terbang selama 17 jam ke Afrika Selatan beberapa tahun dulu, Akim Ahmad kini seakan fobia untuk menaiki pesawat dan terpaksa menolak beberapa tawaran kerja yang memerlukan dirinya untuk melakukan sedemikian. Haih. – mStar Online

Bukan senang menjadi selebriti popular untuk tampil di khalayak ramai dan Emma Watson tidak terkecuali apabila gambar yang tersebar di internet menunjukkan beliau sebenarnya ditemani pengawal peribadi yang menyamar sebagai pelajar di majlis graduasinya. – Huff. Post

Nampaknya tidak lama lagi beliau bakal bergelar ibu selepas laporan terbaru menyebut yang Hayden Panettiere kini sedang hamil buat pertama kalinya bersama tunang, Wladimir Klitschko yang juga merupakan seorang peninju. Tottaly unrelated. HAHA! – Us Weekly

Selepas dilihat bersama di Paris, Perancis pada 20 Mei lalu pelakon popular Korea Song Hye Kyo dan Kang Dong Won dikhabarkan kini sedang menjalin hubungan cinta namun gossip itu pantas dinafikan oleh agensi pengurusan kedua dua mereka. – Soompi