fbpx

Hari Ini Dalam Hiburan (N.557)

VIDEO HARI INI: Di Moscow, Rusia wujud sekumpulan remaja yang aktiviti mereka adalah membanteras salah laku trafik dan dalam video ini ditunjukkan bagaimana mereka berhadapan dengan pemandu yang menyalahguna laluan pejalan kaki. Fuuh!

Dalam temubual terbaru bersama majalah Lucky, model popular Miranda Kerr mendedahkan yang beliau gemar mendermakan pakaian cantik yang dimiliki kepada rakan rakan terdekat kerana memiliki almari baju yang kecil selain mahu sentiasa mengikut fesyen. – Just Jared

Pelakon Iqram Dinzly berharap agar kisah hubungan songsang yang dikaitkan dengan dirinya dapat dihentikan segera kerana ianya tidak benar selain melibatkan rakannya yang juga seorang pelajar di London yang dibimbangi akan dikenakan tindakan. – Utusan Malaysia

Percaya atau tidak tiga hari selepas majlis perkahwinan penuh mewah di Florence, Kim Kardashian masih belum berkongsi walau sekeping foto melalui akaun sosial dan ini juga mungkin kerana beliau dan suami, Kanye West kini di Ireland untuk berbulan madu. – Huff. Post

Pernah berkolaborasi pada tahun 2010 yang lalu, penyanyi wanita Korea Jung In sekali lagi tampil dengan sebuah lagu berjudul Your Scent duet bersama Kang Gary (Leessang). – Soompi

Akibat rampasan kuasa oleh pihak tentera di Thailand ketika ini, Taylor Swift telah bertindak untuk membatalkan konsert beliau yang dijadual berlangsung pada 9 Jun ini walaupun tiket ke acara itu sudah pun habis disapu para peminat. – USA Today