fbpx

Hari Ini Dalam Hiburan (N.556)

VIDEO HARI INI: Ianya cukup simple, high five namun video ini membuktikan sekecil kecil perkara mampu mengukir senyum di wajah orang tidak kita kenali. Jom high-five!

Kalau anda terlepas semalam merupakan hari graduasi untuk bintang siri filem Harry Porter, Emma Watson yang berjaya menamatkan pengajian beliau dalam ijazah bidang Kesusasteraan Inggeris dari Brown University. Sudahlah bijak, cantik pula. Eh. – Just Jared

Mengakui masih menyayangi Uqasha Senrose dan belum putus tunang, Pekin Ibrahim berkata mereka kini sedang mencari jalan penyelesaian terbaik untuk pulihkan hubungan mereka selain menyerahkan soal jodoh kepada ketentuan Tuhan. – mStar Online

Seorang lelaki di Arizona yang percaya penyanyi remaja, Miley Cyrus berkomunikasi dengan dirinya melalui lagu telah diarahkan mahkamah untuk tidak mendekati penyanyi itu selepas ditahan baru baru ini dan ditempatkan di hospital psikiatri. – Huff. Post

Kumpulan pop Korea dengan enam orang anggota, BEAST mengirimkan sekeping imej melalui akaun laman sosial mereka baru baru ini sebagai tanda yang mereka akan membuat kemunculan semula bersama album baru pada Jun 2014 ini. – Soompi

Mungkin kebetulan yang tidak disengajakan, sebuah lagu baru nyanyian Kanye West berjudul God Level telah dapat didengar ramai menerusi sebuah iklan terbaru Adidas pada hari sama penyanyi itu berkahwin dengan Kim Kardashian. – THR