fbpx

Hari Ini Dalam Hiburan (N.555)

VIDEO HARI INI: Semua tahu yang Red Bull merupakan minuman tenaga (energy drink) paling popular dan penternak ini sedikit tidak berpuas hati dengan rintihan orang ramai yang mengatakan susu mahal di Eropah walhal ramai yang minum Red Bull tanpa segan silu.

Acara paling mendapat perhatian di Hollywood ketika ini pastilah perkahwinan Kim Kardashian & Kanye West di Florence, Italy dan menurut sumber pengantin lelaki nampak jelas gementar sebelum majlis perkahwinan berlangsung. – Just Jared

Ketua Pegawai Eksekutif KRU Music, Norman Abdul Halim dalam video penjelasan di Youtube berkata tidak adil untuk semua pihak menyalahkan pihaknya semata mata dalam isu lagu terbaru kumpulan Wings yang dicetak rompak dan disebar meluas. – Murai

Pelakon sitkom Modern Family, Sofía Vergara dan tunangnya Nick Loeb dilaporkan telah berpisah selepas bergelar tunangan sejak Julai 2012 dan aktress itu dalam kemaskini di laman sosial menyalahkan jadual kerja dan tiada masa bersama sebagai punca. – E! Online

Walaupun ramai mengandaikan yang filem ini mampu mengatasi Godzilla (US$38.5 juta) dalam kutipan pembukaan terbesar, X-Men: Days of Future Past hanya berjaya membawa pulang US$36 juta pada tayangan Jumaat lalu. Masih awal. – Inside Movies

Pelakon popular Korea, Kim Soo Hyun membuktikan dirinya sebagai raja bintang Korea di luar negara (Hallyu King) apabila menjadi penghias muka hadapan empat buah majalah di 4 negara berbeza dalam bulan yang sama. Hebat penangan! – Soompi