fbpx

Hari Ini Dalam Hiburan (N.554)

VIDEO HARI INI: Kami tabik atlet amatur seni mempertahankan diri pelbagai (MMA) ini apabila tidak ego untuk meneruskan perlawanan selepas menyedari yang lawannya itu tidak setaraf dan lagi pun, mereka tidak dibayar apa apa untuk bertarung.

Abu Dhabi telah disahkan sebagai lokasi pertama penggambaran untuk filem terbaru Star Wars: Episode VII yang diarahkan oleh J.J. Abrams dimana di sana mereka merancang untuk mereka semula keadaan planet padang pasir, Tatooine. – THR

Ketika keluar dari sebuah hotel, Kanye West telah didatangi oleh seorang peminat meminta beliau menandatangani sepasang kasut Nike Air Yeezy namun penyanyi itu memberitahu yang ianya adalah produk tiruan. Hanya jauhari mengenal manikam namanya. – Us Weekly

Walaupun sedang dilanda krisis apabila salah seorang anggotanya, Kris ingin menarik diri daripada kumpulan, EXO masih kekal menguasai carta jualan album di Korea menerusi album terbaru mereka Overdose. Anda sudah dapatkan atau belum? Heh. – Soompi

Sebuah jenama pakaian Lucky 13 telah kemukakan saman terhadap penyanyi Taylor Swift apabila salah satu baju yang dijual melalui laman web rasmi penyanyi itu mempunyai tulisan Lucky 13 yang merupakan trademark syarikat itu sejak 1991. – Star Pulse

Penerbit filem Datuk Yusof Haslam meluahkan rasa kesal apabila karya anaknya, Syafiq Yusof iaitu Abang Long Fadil diberi had tontonan untuk golongan 18 tahun ke atas (PG18) oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF). Ouch! – mStar Online