fbpx

Hari Ini Dalam Hiburan (N.553)

VIDEO HARI INI: Jejaka ini merupakan seorang wartawan yang sering menemubual bintang Hollywood dan ini video yang beliau rakamkan untuk bakal isterinya. Awww!

Punya lama pelakon ini menyimpan jambang sehingga imej tersebut melekat pada namanya, Jake Gyllenhaal akhirnya mencukur licin jambang ikonik beliau selepas enam bulan dan ianya menjadi antara berita hangat di Hollywood hari ini. – Us Weekly

Kita semua masih belum tahu apa sebenarnya terjadi dalam insiden lif antara Jay-Z & adik iparnya, Solange Knowles namun menerusi sekeping gambar yang dikirimkan Beyonce mereka bertiga nampaknya tidak mempunyai masalah dan tersenyum. – ABC News

Bekas ahli kumpulan KARA, Nicole khabarnya dalam perbincangan untuk menyertai agensi pengurusan B2M Entertainment yang dimiliki oleh penyanyi popular Lee Hyori untuk menguruskan kerjaya solo beliau selepas ini. Semoga berjaya! – Soompi

Para media yang menyaksikan lakonan Steve Carell dalam filem Foxcatcher di 2014 Cannes Film Festival baru baru ini meramalkan yang pelakon itu mampu meraih anugerah Oscar berdasarkam persembahan luar biasa beliau menerusi filem tersebut. Wow! – Huff. Post

Pelakon Arja Lee menjelaskan beliau masih belum bersedia untuk menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana wanita biarpun pernah menyukai artis baru, Shima Anuar dan tetap menegaskan yang kenyataan sebelum ini adalah ikhlas. – mStar Online