fbpx

Hari Ini Dalam Hiburan (N.549)

VIDEO HARI INI: Kami suka nostalgia dan video lama (ehem) dan ini rakaman sidang media ini agak epik pada kami. Mila Kunis membalas semula satu soalan ‘bodoh’ wartawan kepada Justin Timberlake tentang keputusan beliau untuk berlakon.

Bertuah peminat filem di Amerika Syarikat apabila mereka dihidangkan dengan video 90 saat menunjukkan aksi Jennifer Lawrence dalam filem X-Men: Days of Future Past sejurus tamatnya kredit untuk filem The Amazing Spider-Man 2. – Just Jared

Saban tahun acara karpet merah untuk majlis ini pasti menjadi perhatian dan edisi MET Gala 2014 tidak terkecuali namun senarai ini lebih memfokuskan kepada pasangan selebriti terhangat yang sempat dirakam lensa kamera. – People

Anggota kumpulan After School, Raina dalam satu temubual mendedahkan yang beliau pernah terlibat dalam satu kemalangan kecil melibatkan penyanyi dan juga bintang Running Man, Kim Jong Kook tidak berapa lama dahulu. – Soompi

Rakan baik dan juga pelakon yang sering bergandingan dengan George Clooney, Matt Damon melahirkan rasa gembira dengan berita pertunangan rakannya itu bersama Amal Alamuddin dan mendoakan yang pasangan itu akan gembira sampai bila bila. – Huff. Post

Pelakon Almy Nadia memutuskan untuk mengunci mulut daripada menceritakan segala hal rumah tangga yang dibina bersama pelakon Fizz Fairuz atas permintaan ibunya sendiri selain ianya cukup peribadi. – mStar Online