fbpx

Hari Ini Dalam Hiburan (N.548)

VIDEO HARI INI: Tiada apa yang lebih menarik hari ini dari melihat aksi Hugh Jackman, Michael Fassbender & James McAvoy dari filem X-Men: Days of Future Past menari lagu Blurry Line.

Majalah FHM baru baru ini menobatkan aktress Jennifer Lawrence sebagai wanita paling seksi (Sexiest Woman in the World) di dunia ketika ini diikuti oleh aktress kelahiran Britain Michelle Keegan, Rihanna dan Kaley Cuoco. – Mercury News

Ahli kumpulan Girls’ Generation (SNSD), Sunny telah dipilih untuk menjadi penyampai radio terbaru yang akan mengelola program FM Date di stesen radio MBC FM4U, menemani mereka yang dalam perjalanan pulang kerja. Bertuah mereka, heh. – Soompi

Jika sebelum ini beliau tampil dengan selfie separuh bogel, kali ini James Franco kembali dengan gambar beliau bersama Keegan Allen berdua di atas katil dengan niat jelas untuk menjadi bualan ramai di Twitter. Gila publisiti much? – Huff. Post

Pelakon Ben Affleck khabarnya telah ditendang keluar dari sebuah kasino di Las Vegas selepas didapati menggunakan teknik licik mengira kad (card counting) ketika bermain Blackjack. Bijak juga pelakon ini rupanya. – The Province

Dramatis Noniswara menafikan yang beliau sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan seorang usahawan yang dikenali sebagai Imran Mohd Nor apabila kelibat lelaki itu sering dilihat dalam gambar di Instagram beliau. – mStar Online