fbpx

Hari Ini Dalam Hiburan (N.546)

VIDEO HARI INI: Kami boleh jamin yang filem The Fault In Our Stars ini akan menjadi filem adaptasi novel paling di’minati untuk tahun 2014 ini, lihat sahaja trailer terbaru yang dilancarkan — boleh menangis. Kami di sini smeua hati tisu.

Bercakap tentang trailer, Megan Fox kelihatan muncul buat pertama kali dalam trailer terbaru Teenage Mutant Ninja Turtles dan membuatkan kami lebih teruja untuk menantikan filem arahan Michael Bay — memori zaman kanak kanak, heh. – Just Jared

Bercakap tentang memori zaman kanak kanak, oh my God pengarah J.J Abrams baru sahaja mengumumkan barisan pelakon untuk filem terbaru Star Wars yang turut disertai oleh pelakon asal seperti Harrison Ford, Mark Hamill dan Carrie Fisher. – People

Uh oh, sebuah produksi di Indonesia telah didakwa meniru drama popular di Korea Selatan berjudul Man From The Stars, malah tajuk drama dari seberang itu juga seakan terjemahan iaitu Kau Yang Berasal Dari Bintang. Maling-sia? Eh. – Soompi

Ini mungkin perkembangan yang positif buat Justin Bieber yang tidak habis habis dikaitkan dengan Selena Gomez, penyanyi itu baru baru khabarnya telah keluar makan malam bersama dengan model remaja popular, Kendall Jenner. – Us Magazine

Pelakon Yasmin Hani mengambil langkah keselamatan memasang kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengawasi anaknya Noah Ismail Wong yang kini berusia 6 bulan sepanjang beliau keluar bekerja — anaknya kini dijaga pembantu rumah. – mStar Online