fbpx

Hari Ini Dalam Hiburan (N.542)

VIDEO HARI INI: Kalau lemah jantung elakkan menonton video ini kerana ianya menunjukkan 2 orang gila terjun bebas dari puncak bangunan Burj Khalifa yang berketinggian 829.8 meter.

Pemenang Oscar dan bintang 12 Years a Slave, Lupita Nyong’o telah dipilih oleh majalah People untuk menduduki tempat teratas dalam senarai tahunan 50 Most Beautiful mereka. – Just Jared

Isteri kepada pelakon Hollywood terkenal, Cuba Gooding Jr. dikhabarkan telah memfailkan permohonan untuk bercerai selepas mengharungi alam perkahwinan bersama selama 20 tahun namun atas sebab kenapa tidak pula dilaporkan. – TMZ

Selepas status beliau yang mempersoal ceramah Ustaz Don Daniyal, Wardina Safiyyah telah mengambil keputusan untuk tidak lagi menguruskan akaun Facebooknya sendiri dan serahkan semuanya kepada pihak pengurusan buat sementara waktu. – mStar Online

Aktress popular Drew Barrymore telah dilaporkan selamat melahirkan seorang bayi perempuan beberapa hari lalu yang telah pun diberi nama Frankie dan ini merupakan anak kedua beliau bersama Will Kopelman. – Huff. Post

Penyanyi duo Leessang dan juga ahli tetap program variasi Infinity Challenge, Gil telah ditahan memandu dibawah pengaruh alkohol ketika pulang dari keluar minum bersama dan lesen memandu beliau telah dibatalkan pihak berkuasa. – Soompi