fbpx

Hari Ini Dalam Hiburan (N.536)

VIDEO HARI INI: Sebelum anda tonton pilihan kami hari ini, amaran yang video ini akan membuatkan kita semua rasa tua. Peranti Walkman ini satu gajet epik dalam kehidupan remaja kita dan anak anak sekarang tidak kenal. Heh.

Disebabkan insiden yang sengaja memperlihatkan payudaranya dalam muzik video Coke Bottle, semakin ramai yang anti dengan penyanyi Indonesia, Agnez Mo atau Agnez Monica lebih lebih tiada usaha untuk membuat suntingan semula. – Sinar Harian

Laporan media menyebut yang sepasang anting anting rhinestone yang dipakai aktress Marylin Monroe ketika sebuah tayangan perdana filem di Hollywood sekitar tahun 1955 telah dilelong dengan harga US$185,000 dan pembelinya minat dirahsiakan identiti. – Huff. Post

Pengarah filem The Social Network, David Fincher yang sepatutnya mengarah filem biopik Steve Jobs dilaporkan telah menarik diri selepas permintaan beliau untuk dibayar US$10 juta pendahuluan dan beberapa permintaan lain tidak dapat ditunaikan. – THR

Taylor Swift baru baru ini telah membuat kejutan terhadap seorang peminatnya yang juga bakal pengantin dengan hadir ke majlis bridal shower tanpa diduga. Bagus sebenarnya beliau, pandai menjaga peminat. Jumpa di Malaysia nanti, eh. – People

Penyanyi kecil molek Korea Selatan, IU membuat pengakuan dalam satu temubual radio terbaru yang beliau jatuh hati dengan seseorang dan meluahkan perasaannya itu pada tahun lalu namun masih belum mendapat jawapan sehingga kini. Alahai. – Soompi