fbpx

Ustaz Ebit Lew Tak Hirau Letih Asal Dapat Ziarah Pusara Ibu

Sibuk dengan perniagaan dan membantu masyarakat, pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew mampu melakukan semuanya dalam satu masa. Tanggal 24 Jun merupakan tarikh yang tidak dapat dilipakan oleh Ustaz Ebit.

Tarikh keramat itu merupakan hari ulang tahun kelahiran arwah ibunya. Meskipun sibuk dengan pelbagai tanggungjawab, Ustaz Ebit letak tepi soal penat dan memandu pulang ke kampung untuk menziarahi puasara ibunya.

BACA: Ustaz Ebit Lew Tawar 100 Peluang Pekerjaan Di Elews Mart

“Terus drive dari pejabat balik kampung ziarah kubur mak rindu sangat. Dah 2 malam mimpi mak senyum. Rindu mak sangat agaknya. Terima kaseh ya Allah. Hari ini hari Lahir arwah mak saya. 24 Jun. Selamat hari lahir buat mak yang tercinta,” tulisnya.

Memuat naik foto menziarahi pusara ibunya, Ustaz Ebit meluahkan betapa kasih dan sayang beliau pada arwah ibunya. Ustaz Ebit turut menitipkan doa supaya Allah menyayangi dan mengasihani ibu bapanya sebagaimana mereka mengasihinya sejak kecil.

“Ya Allah betapa diriku sayang padanya. Sayangi dan kasihilah ibubapaku sebagaimana mereka mengasihi dan menyayangiku semenjak kecil,” tulisnya.

Menurut Ustaz Ebit, setiap kudratnya untuk membantu golongan dalam kesusahan selama ini adalah di atas keberkatan doa arwah ibu dan bapanya. Ustaz Ebit juga berulang kali meluahkan perasaan rindu pada arwah ibunya.

“Kerana doa mak bapak ebit ke sana sini. Setiap bangun pagi mesti Allah gerakkan ke sana sini mengikut suara tangisan orang susah. Penat bila tak dapat bantu orang jer.

“Ya Allah jagalah mak di sana. Ebit rindu mak sangat. Ebit betul-betul rindu mak. Ya Allah pimpinlah setiap langkah dan tindakan dalam hidupku ini. Jangan biarkan diriku pada diri sendiri walau satu saat.

“Jika ada pahala kebaikan atas apa dilakukan semuanya hadiahkan pada ibu tercinta. Ya Allah satu hari temukanlah kami semula di sana dalam reda-Mu,” tambahnya.