fbpx

Harga Barang Elewsmart Murah Sangat, Netizen Bimbang Ramai Ambil Kesempatan

Umum sedia maklum, pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew bakal membuka pasaraya miliknya sendiri tidak lama lagi. Difahamkan 10 cawangan pasar raya di sekitar Lembah Klang itu akan dibuka pada 18 Julai ini.

Semalam, Ustaz Ebit berkongsikan harga barangan sempena acara pembukaan di setiap cawangan. Apa yang pasti rata-rata netizen teruja dengan harga yang dipamerkan dimana harga ditawarkan serendah 10 sen.

BACA: Ustaz Ebit Lew Sedia Khidmat Van Jenazah & Ambulans Percuma

Bagaimanapun, rata-rata netizen turut rasa bimbang kerana pasti ada golongan yang cuba mengambil kesempatan dengan membeli barangan tersebut dalam kuantiti yang banyak kemudian menjual dengan harga lebih mahal.

Dalam pada itu, ada yang meminta Ustaz Ebit supaya lebih berhati-hati dan menyarankan agar setiap pembelian dilakukan secara terhad untuk setiap pelanggan agar tidak berlaku perkara seperti itu.

Tidak kurang juga ada yang mencadangkan kepada Ustaz Ebit agar memberikan keistimewaan buat pelanggan asnaf, JKM dan pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU).

Gembira dengan harga barangan murah yang ditawarkan, rata-rata netizen mendoakan agar Ustaz Ebit terus maju dalam perniagaan serta dimurahkan rezeki untuk terus membantu golongan yang memerlukan dan yang tidak bernasib baik.