fbpx

Ustaz Ebit Lew Sedia Khidmat Van Jenazah & Ambulans Percuma

Terus berbakti untuk membantu masyarakat, pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew memaklumkan beliau telah membeli dua buah van bagi kegunaan perkhidmatan secara percuma dimana sebuah van digunakan untuk membawa jenazah dan satu lagi dijadikan ambulans.

Menerusi perkongsian di Facebook, Ustaz Ebit meluahkan rasa syukur di atas perancangannya itu dan memberitahu kedua-dua van tersebut diberi pakai kepada mereka yang memerlukan tanpa sebarang bayaran akan dikenakan.

BACA: Ustaz Ebit Lew Tak Hirau Letih Asal Dapat Ziarah Pusara Ibu

Berkongsikan pengalamannya, Ustaz Ebit berkata semasa arwah ibunya meninggal dunia sukar untuk mencari van jenazah ketika itu. Bagaimanapun, segala urusan dipermudahkan dan akhirnya dapat van jenazah untuk membawa ibunya disemadikan di kampung.

Dalam entri itu juga, Ustaz Ebit turut menyertakan nombor telefon untuk dihubungi bagi mereka yang memerlukan perkhidmataan van berkenaan secara percuma.

Dalam satu perkongsian terbaru, Ustaz Ebit memaklumkan van jenazah itu sudahpun melakukan tugasan pertama dengan membawa satu jenazah dari Klang, Selangor untuk dibawa pulang ke Pasir Mas, Kelantan lewat malam tadi.

Diruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur dan berterima kasih di atas usaha murni Ustaz Ebit yang tidak tahu erti penat lelah untuk membantu mereka yang memerlukan. Malah, ramai yang mendoakan agar ustaz Ebit dimurahkan rezeki oleh Allah.