fbpx

Solat Sunat, Menangis Cara Ebit Lew Tenangkan Hati Jika Dikecam Netizen

Melihatkan kesungguhan dan keprihatinan pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew dalam melakukan kerja-kerja amal serta menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan sememangnya sangat dikagumi ramai.

Bagaimanapun, Ustaz Ebit juga tidak terlepas dengan kata-kata negatif dan kecaman netizen yang menuduhnya seolah-olah menunjuk-nunjuk dalam melakukan kebaikan serta merendahkan usaha dilakukannya.

BACA: “Memang Saya Sengaja Menunjuk-Nunjuk, Tapi Ada Sebab”

Akui sedih apabila ditimpa ujian tersebut, Ustaz Ebit berkata dia akan sentiasa mengingati pengorbanan Nabi Muhammad ketika mengembangkan syiar Islam yang pernah diperlakukan lebih dasyat berbanding apa yang dilaluinya.

“Orang buat macam-maca kepada Rasulllah tetapi Baginda tidak pernah berhenti daripada terus melakukan kerja-kerja dakwah. Jadi buat apa nak korbankan apa saya lakukan kerana kata-kata negatif daripada segelintir masyarakat.

“Saya sentiasa memaafkan mereka ini dan terus fokus membuat kebaikan dan menolong orang di luar sana,” katanya.

Dalam pada itu, Ustaz Ebit berkata jika dia berada kecewa dan sedih dia akan menangis dan melakukan solat sunat dua rakaat seperti Tahajud dan Dhuha bagi melapangkan hati.

“Allah sahaja tempat saya mengadu untuk permudahkan apa yang ingin saya lakukan. Menangi mengadu kepada-Nya. Insya Allah selepas itu akan berasa lega dan lapang dada.

“Segala apa yang ingin kita lakukan selepas itu Insya Allah tiada masalah, dipermudahkan malah rasa lebih bersemangat,” katanya.