fbpx

Haqiem Rusli Umum Nikah Hujung Tahun Ini

Tiada angin tiada ribut, penyanyi Haqiem Rusli mengumumkan bakal menamatkan zaman bujang dengan gadis pilihan hatinya pada hujung tahun ini.

Mengumumkan berita gembira itu menerusi IG Live jam 2 pagi tadi, Haqiem berkata dia tidak berniat menyembunyikan perkara baik daripada pengetahuan peminat.

BACA: Haqiem Rusli Mahu Wanita Berhijab Dalam MV, Sweet Qismina Tak Kecil Hati

“Saya tidak tahu bagaimana mendapat kekuatan mahu berkongsi soal mendirikan masjid ini. Tetapi, saya percaya perkara baik tidak boleh disembunyikan.

“Cuma, masih belum ada tarikh tepat mengenai tarikh yang bakal berlangsung, hujung tahun ini. Jujurnya, saya pun sudah menghadiri kursus kahwin, tahun lalu,” katanya.

Bagaimanapun, Haqiem tidak mendedahkan identiti bakal isterinya itu yang sudah mengenali sejak dua tahun lalu.

“Siapa calon bakal isteri, biarlah saya umumkan identitinya ketika majlis perkahwinan nanti.

“Saya hanya ingin peminat tahu, saya akan berkahwin, tidak lama lagi. Selebihnya, saya akan kongsi kelak,” katanya.