fbpx

Haqiem Rusli Umum Nikah 19 November Ini

Memenangi anugerah Penyanyi Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular ABPBH34 sebentar tadi, penyanyi Haqiem Rusli mengumumkan bakal bernikah pada 19 November depan.

Berkongsikan berita gembira itu ketika memberikan ucapan penghargaan kemenangannya, Haqiem turut meminta peminat mendoakan semuanya dipermudahkan.

BACA: Baru Umum Kahwin, Ramai Mahu Taja Haqiem Rusli

“19 November ini saya akan bernikah. Doakan yang baik-baik,” katanya.

Pada Jun lalu, Haqiem mengejutkan ramai pihak serta peminat apabila mengumumkan mahu berkahwin menerusi IG Live pada pukul 2 pagi.

Belum mendedahkan identiti bakal isterinya kepada umum, Haqiem berkata dia tidak berniat menyembunyikan perkara baik daripada pengetahuan peminat.