fbpx

Baru Umum Kahwin, Ramai Mahu Taja Haqiem Rusli

Baru-baru ini penyanyi Haqiem Rusli mengejutkan ramai pihak serta peminat apabila mengumumkan mahu berkahwin menerusi IG Live pada pukul 2 pagi semalam.

Menurut pengurus Haqiem iaitu Fatulrahim Salleh, dia juga terkejut dengan pengumuman itu namun dia melihat penyanyi itu sudah lama memberi tanda isyarat mahu menamatkan zaman bujangnya.

BACA: Haqiem Rusli Umum Nikah Hujung Tahun Ini

“Dia pernah beri isyarat nak kahwin, tapi tidak sangka pula pengumuman itu dibuat pada pukul 2 pagi semalam. Dia memang jenis susah tidur di waktu malam dan hanya akan tidur selepas solat subuh.

“Maka disebabkan itu kami di pihak pengurusan juga terkejut, kenapa nak buat waktu sebegitu? Jika dia beritahu perancangan untuk berkahwin itu dengan pengurusan, kami boleh susun baik-baik, misalnya buat sidang media dan sebagainya memandangkan ramai bertanya,” katanya.

Dalam pada itu, katanya lagi pihak pengurusan tidak mempunyai sebarang masalah jika mana-mana artis mahu berkahwin. Ujarnya lagi, selepas mengumumkan tersebut ramai yang menghubunginya untuk menaja majlis perkahwinan Haqiem.

“Setahu saya, Haqiem belum ada sebarang persiapan setakat ini. Tempoh enam bulan itu masih panjang tetapi sejak dia umumkan berita itu, tak dinafikan ramai yang menghubungi saya dan nak taja majlis perkahwinan Haqiem,” katanya.

Terdahulu, Haqiem mengumumkan bakal menamatkan zaman bujangnnya pada hujung tahun ini namun belum mendedahkan identiti bakal isterinya kepada umum.