fbpx

Haqiem Rusli Tidak Jadi Berhenti Menyanyi

Bulan lalu, para peminat penyanyi muda Haqiem Rusli terkejut dengan berita yang mengatakan beliau mahu terus bersara dari dunia nyanyian gara gara mengalami depresi.

Rata rata peminat memberikan kata semangat dan mahu Haqiem Rusli untuk meneruskan karier beliau sebagai penyanyi kerana sayang akan bakat dimiliki tersia begitu sahaja — Neelofa pun berikan kata semangat buat penyanyi ini.

BACA: Neelofa Nasihat Haqiem Rusli, Jangan Mudah Mengalah

Dalam kemaskini terbaru menerusi Twitter beliau, Haqiem Rusli mengesahkan yang beliau akan terus menyanyi atas sokongan para peminat dan masyarakat yang selama ini sentiasa bersamanya.

“First and foremost, I am pleased to let you know that I’ve decided to continue my singing career. At the same time, I wish to apologise to anyone whom I may have had offended with what I’ve said or written on social media,” tulis Haqiem Rusli.

Beliau turut mendedahkan yang sebuah lagu baru telah siap dua bulan lalu dan bakal dilancarkan hari ini untuk para peminat. (rtky/m)

A post shared by – (@haqiemrusli98_) on