Haqiem Rusli Sedang Pujuk Isteri Bertudung Semula
Umum mengetahui, susulan keputusannya tidak lagi berhijab, isteri kepada Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea dikecam teruk oleh netizen.
Memetik mStar Online, Haqiem berkata dia menyedari kesilapan isterinya itu dan kini sedang memujuk Anis untuk kembali berhijab semula.
BACA: Haqiem Rusli Enggan Dedah Punca Isteri Buka Tudung, Tak Benarkan Anis Ditemubual
“Saya akui perkara itu adalah salah dan kelemahan saya sebagai suami, lagipun sudah menegur Sofea (isteri) mungkin cara saya agak lembut.
“Saya tak boleh nak paksa dan marah pula nanti jadi suami dayus, saya terima segala teguran dan komen netizen, netizen boleh saja nak DM kami beri nasihat… yang kenalan rapat tu jangan cakap belakang, tak puas hati cakap depan saja,” katanya.
Dalam pada itu, Haqiem berkata bukan semua benda dia kongsikan di media sosial serta meminta peminat mendoakan yang baik-baik sahaja buat mereka.
“Tak semua perkara saya nak kongsi di media sosial, macam sekarang ini saya dalam proses untuk memujuk isteri saya dan membaik pulih keadaan ini, doakan baik-baik saja untuk kami,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
Aku pelik laa penyanyi2 zaman ni bkn sibuk nk promosi lagu2 baru atau konsert atau majlis show mrk tp lbh terpalit dgn hal2 peribadi yg xde kena mengena dgn bakat dan seni yg mrk dikenali. Sbb tu mcm Mawi tu mmg meletup gila satu masa dulu tp bila dah xde apa2 org nk cerita psl hal peribadi dia xde sapa pun peduli psl bakat atau suara dia lg. Ia sngt berbeza dgn artis dulu2 yg lbh utamakan bakat mrk dari kontroversi peribadi. Bkn xde gossip tp org lbh ingt mrk kerana lagu2 mrk, persembahan live mrk yg power etc …
Kalau bini kau sayang kau,hormat kau sbg suami, dia mst x bukak tdung haqiem oiii