fbpx

Penyanyi Haqiem Rusli enggan mendedahkan punca sebenar isterinya tercinta, Anis Sofea membuat keputusan untuk tidak lagi berhijab.

Memetik Astro Gempak, Haqiem berkata biarlah perkara itu menjadi rahsia peribadi buat mereka suami isteri.

BACA: Netizen Kata Muka Isteri Haqiem Rusli Iras Kak KM

“Hal itu saya tak boleh cakap kerana ia privasi. Biar saya, isteri dan Tuhan sahaja yang tahu,” katanya.

Dalam pada itu, Haqiem berkata dia mengakui mereka tidak berada di pihak yang benar, malah dia dan isteri menerima nasihat dengan terbuka asalkan tidak berlebihan.

“Kalau waktu zaman saya mula-mula berkecimpung dahulu, mungkin saya penat nak lalui komen-komen netizen Tapi sekarang saya dah lali dan tahu game mereka.

“Bagi saya, kalau nak beri nasihat, ada fasa-fasanya. Apa yang baik kita ambil dan perbaiki. Saya tegaskan sekali lagi, saya tak kata kami benar, mana yang ok, kami ambil,” katanya.

Sebelum menemu bual Haqiem, pihak Gempak cuba untuk menemubual Anis Sofea namun penyanyi itu tidak membenarkan isterinya untuk memberi sebarang kenyataan.

“Biarlah benda ni saya hadap seorang. Saya tak nak libatkan mana-mana pihak. Mungkin sebab saya juga dia dapat publisti besar. Biar saya sahaja yang hadap.

“Berkenaan akan bawa ke majlis-majlis terbuka selepas ini, saya sebagai suami kalau tak ajak dia… it dah kecilkan hati dia. Mana lebih bagus? Ajak atau tak ajak? Doakanlah, mungkin benda boleh kembali Daik seperti dahulu,” katanya.