Tahniah diucapkan kepada penyanyi Haqiem Rusli yang selamat diijabkabulkan dengan gadis pilihan hati, Anis Sofea dengan dua kali lafaz sebentar tadi di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya.

Pasangan itu dinikahkan oleh jurunikah Ustaz Zamzuri Ruslan bersaksikan keluarga dan kenalan rapat mereka.

BACA: Bakal Isteri Haqiem Rusli Gadis 19 Tahun, Berasal Dari Kelantan

Di majlis tersebut, Haqiem menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300, selain lima dulang hantaran berbalas lima dulang hantaran kepada Anis.

Memetik laporan mStar, meluahkan rasa syukur majlis akad nikah berjalan lancar, Haqiem berkata Ani cukup sempurna di matanya dan sikap lemah lembut berjaya menambat hatinya.

“Dia amat sempurna buat saya dan saya sangat senang dengan sikap, budi pekertinya yang lemah lembut dan keterampilan dia yang menambat hati saya untuk memilikinya,” katanya.

Sementara itu, Anis berkata sikap bertanggungjawab serta mempunyai cita-cita tinggi membuat hatinya terpikat dengan Haqiem.

“Sifatnya yang penyayang, prihatin, bertanggungjawab, bercita-cita tinggi dan berbudi pekerti menjadikan saya jatuh hati kepadanya,” katanya.