fbpx

Bakal Isteri Haqiem Rusli Gadis 19 Tahun, Berasal Dari Kelantan

Penyanyi Haqiem Rusli bakal menamatkan zaman bujangnya dengan gadis pilihan hati, Anis Sofea pada Jumaat ini selepas mengumumkan berita gembira itu di Anugerah Bintang Popular ABPBH 34, Sabtu lalu.

Meskipun sudah memaklumkan bakal berkahwin tahun ini, namun Haqiem tidak mendedahkan identiti bakal isterinya kepada umum.

BACA: Haqiem Rusli Umum Nikah 19 November Ini

Memetik laporan mStar Online, bakal isteri Haqiem itu bernama Wan Anis Sofea Wan Zamzuri atau mesra dikenali sebagai Anis Sofea berusia 19 tahun dan berasal dari Kelantan.

Merupakan selebriti media sosial dan mempunyai 52,000 pengikut di Instagram, Anis merupakan pengasas dan rakan kongsi perniagaan restoran Santhai Village bersama Haqiem.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ???? ????? (@sofeaaaaz)

Mereka berkawan hampir dua tahun lalu sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin. Difahamkan, Anis mula tampil berhijab baru-baru ini.

Malah sebelum ini, Anis pernah tular di laman Twitter apabila wajahnya dikatakan mirip pelakon Hanis Zalikha.

Pada hari bahagia itu nanti, pasangan itu akan memakai busana direka khas oleh Razman Razmi, manakala pakaian malam resepsi oleh Rizman Ruzaini.

Haqiem turut menghadiahkan sebuah lagu istimewa untuk bakal isterinya yang berjudul Hitam Saksi Putih.