fbpx

Haqiem Rusli Bawa Keluarga Tunai Umrah Minggu Depan

Sebelum ini pernah menyuarakan hasratnya untuk membawa ibu bapanya mengerjakan umrah, nampaknya impian penyanyi dan komposer, Haqiem Rusli tercapai apabila bakal berangkat ke Mekah pada 28 November ini.

Meluahkan rasa syukur dapat menjadi tetamu Allah pada usia muda, Haqiem berkata dia turut gembira kerana dapat membalas jasa kedua-dua ibu bapanya. Menurut Haqiem lagi, dia bakal menunaikan umrah bersama keluarga dan saudara mara.

BACA: Video Haqiem Rusli Mengaji Tengah Malam Jadi Perhatian

“Saya sebenarnya menyimpan hasrat untuk menunaikan umrah, sejak tiga tahun lalu. Justeru, saya amat bersyukur apabila impian itu akhirnya tercapai juga. Apatah lagi, saya bakal menunaikan umrah bersama keluarga dan sanak-saudara.

“Saya amat bersyukur kerana diberikan kesempatan untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci pada usia 21 tahun.

“Alhamdulillah… Semoga semua urusan dipermudahkan sepanjang kami berada di sana nanti,” katanya kepada BH Online.

Alhamdulillah tercapai juga hasrat Haqiem untuk membawa keluarga menunaikan umrah. Semoga segala perancangan Haqiem sekeluarga berjalan dengan lancar dan dipermudahkan urusan menjejakkan kaki ke Mekah.