fbpx

Video Haqiem Rusli Mengaji Tengah Malam Jadi Perhatian

Sebut saja nama penyanyi Haqiem Rusli, ramai yang masih tidak boleh lupakan kontroversi depresi yang pernah terpalit dirinya sebelum ini. Bagaimanapun, baru-baru ini tular satu video penyanyi muda itu yang menjadi perhatian ramai.

Video tersebut dikongsikan oleh rakannya memaparkan Haqiem sedang membaca Al-Quran pada waktu tengah malam. Difahamkan, video itu dirakam secara senyap-senyap oleh rakannya yang ketika itu sedang lena tidur dan terjaga apabila terdengar orang sedang mengaji.

BACA: Haqiem Rusli Siapkan Lagu Han Byul Dalam 10 Minit

Menerusi perkongsian tersebut, pemuda itu meluahkan rasa segan terhadap Haqiem kerana dikala semua orang sedang tidur, dia meluangkan masanya dengan Pencipta.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji sikap rendah diri Haqiem serta menyifatkan sikap tersebut perlu dijadikan contoh terutamanya kepada golongan anak muda. Malah ramai yang memuji kelunakan suara Haqiem mengalunkan ayat Al-Quran.

Terdahulu, Haqiem mengakui dia tidak akan memuat naik foto bersama wanita yang tidak menutup aurat di akaun Instagram miliknya.