fbpx

Haqiem Rusli Akan Jumpa Pakar Sakit Jiwa

Terus menafikan kisah depresi hanyalah sekadar gimik, Haqiem Rusli memberitahu akan berjumpa doktor pakar sakit jiwa hari ini bagi melakukan pemeriksaan lanjut. Jelasnya dakwaan beliau sebelum ini (mengalami depresi) hanyalah pendapat dari rakan sekeliling.

BACA: “Tak Perlu Gimik, Demo Lagu Sudah Ditonton 3 Juta”

“Sejak (populariti) lagu Tergantung Sepi lagi, saya berdepan banyak kecaman. Setiap hari, orang mengutuk, mengatakan muka saya tak kacak, berjerawat dan menyanyi tidak sedap. Perkara itu membuatkan saya terfikir berhenti menyanyi, atau saya akan mengalami kemurungan”

“Orang beranggapan, apa yang saya lakukan ini gimik sepenuhnya. Ia bukan gimik kerana berdasarkan pemahaman sendiri, memang saya alami tekanan. Saya juga merujuk kepada rakan yang pernah berdepan masalah ini dan kata mereka, saya alami ‘mild depression'”

Sebelum ini Ernie Zakri pernah mendedahkan bahawa depresi Haqiem hanyalah gimik yang sudah dirancang dari awal untuk mempromosikan lagu terbarunya. Bagaimanapun Haqiem memohon maaf dan berharap diberikan peluang kedua untuk terus diterima dalam industri hiburan.

“Saya tidak menyalahkan mana-mana pihak. Cuma, saya harapkan rakyat Malaysia sudi memaafkan dan memberikan saya peluang kedua. Bantulah saya menguatkan kembali diri ini dan hentikanlah kecaman. Saya meminta maaf atas kesilapan langkah saya”

“Ketika saya mengumumkan mahu berhenti daripada arena muzik, baru-baru ini, saya belum berjumpa doktor. Tetapi saya sudah buat temujanji dengan doktor, esok (hari ini), untuk menjalani pemeriksaan,” jelasnya. (rtky/w)