fbpx

“Hanya Salah Faham, Saya Yang Salah” – Suami Elvina

Awal semalam kecoh dakwaan rumah tangga Datin Elvina Mohamad diganggu pihak ketiga. Suami, Datuk Haniff Borhan mengakui kekecohan yang berlaku diantara isterinya dan wanita itu adalah berpunca darinya sendiri.

BACA: “Maaf, Isteri Saya Meroyan … “

“Isteri saya dan wanita itu tidak salah dan yang salah adalah saya kerana tidak menerangkan betul-betul perkara yang berlaku. Selepas kes ini kecoh di media, saya ada menghubungi pihak wanita itu untuk menjernihkan ketegangan”

Pada awalnya, Haniff menyangka wanita itu mendengar permohonannya untuk berdiam diri namun sebaliknya berlaku. Haniff juga mengaku menghubungi wanita itu untuk mengambil insurans untuk anaknya yang baru lahir.

“Tetapi bila kawan-kawannya mendesak, mengeluarkan kenyataan yang bodoh, membakar lagi sentimen membenci antara kami. Isteri saya sudah menerima permohonan maaf saya kerana masalah ini saya yang cipta”

“Ya, saya ada DM (direct message) dengan wanita itu dan boss dia juga kenalan saya. Rumusannya, saya mudah rapat dan mesra dengan sesiapa pun,” jelasnya kepada Harian Metro mengenai dakwaan itu.

Terdahulu wanita yang dikenali sebagai Fify Razak mendedahkan, ada menghubungi Haniff untuk meminta penjelasan. Menurut Fify, dengan ringkas Haniff memberitahu isterinya bertindak demikian kerana meroyan. (rtky/w)