fbpx

“Maaf, Isteri Saya Meroyan … “

Semalam Datin Elvina Mohamad mendakwa seorang gadis bernama, Fify Razak menganggu rumah tangganya. Hari ini, Fify tampil mempertahankan diri dan menjelaskan keadaan sebenar kerana berang dirinya difitnah.

BACA: Elvina Mohamad Bengang Suami Dikacau Wanita Lain

“Saya seorang agen insurans Takaful. Haniff Borhan merupakan client saya dan dia hanya berhubung melalui DM (tiada nombor telefon). Kami hanya berjumpa dua kali dalam satu salah satu meeting bersama rakan sekerja”

“Perkara terjadi kerana Haniff ingin mengambil insurans untuk anaknya dan menghantar gambar anaknya. Saya hanya reply dengan double click di DM. Elvina menganggap dengan reply begitu saya cuba merampas suaminya”

“Saya telah menghubungi Haniff melalui kawan saya dan bertanya tentang isu ini dan yang mampu dia reply adalah ‘sorry isteri saya meroyan’. Saya tidak boleh terima alasan itu kerana air muka saya dan keluarga sudah tercemar,” tulisnya.

Bagaimanapun Fify memberitahu, beliau cuba untuk menghubungi Elvina dan berunding secara baik meminta beliau memadam posting berkenaan. Namun Elvina tetap tegas dan memaksanya untuk mengambil tindakan undang-undang.

Biasanya dalam keadaan begini, pokok tidak akan bergoyang jika tiada angin yang menggoncang. Tidak seharusnya suami Elvina membuat kenyataan begitu pada wanita lain kerana maruah isteri perlu dijaga. (rtky/w)