fbpx

Fathia Latiff: Hanya Allah Sahaja Yang Tahu

Gara-gara video yang didakwa mirip wajahnya yang menari berahi tersebar bersama seorang pelakon baru, Fathia Latiff dalam kenyataannya kepada portal Astro Gempak tidak mahu berbicara panjang tentang perkara tersebut.

BACA: “Wanita Dalam Video Itu Bukan Fathia Latiff”

“Kalau boleh saya enggan komen mengenai perkara ini. Hanya Allah sahaja yang tahu,” jawabnya ringkas. Berikutan perkara tersebut juga, ramai warga laman sosial yang mula meninggalkan komen di laman Instagram Fathia.

Tidak mudah melatah, Fathia tetap dengan pendiriannya namun dalam masa menyerahkan kepada Tuhan kepada apa yang berlaku sekiranya video yang tersebar itu adalah kerana perbuatan khianat.

“Biarlah, jika netizen meninggalkan komen negatif, saya dapat pahala,” katanya lagi. Hanya Allah sahaja yang tahu,” katanya lagi,” katanya. (rtky/s)