Semalam kecoh di media sosial kenyataan daripada penerbit popular Datuk A Aida mengenai komen jujur tentang peserta yang hadir uji bakat Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL),

Namun kali ini, pengarah dan pelakon terkenal, Erma Fatima pula mengulas mengenai pelakon-pelakon di Malaysia. Erma mengakui hanya 10 peratus saja yang betul-betul berbakat dan selebihnya hanya ‘pasu bunga’ yang sekadar menjadi hiasan di kaca televisyen.


BACA: Erma Fatima Sebak Bila Najib Ditangkap


Dalam pada itu, Erma berkata ada segelintir mereka yang mengelarkan diri sebagai pelakon hanya merosakkan industri hiburan tanah air sahaja dengan kontroversi atau gosip negatif.

“Bagi saya hanya 10 peratus sahaja pelakon di Malaysia yang betul-betul mempunyai bakat dan berpotensi untuk berjaya dalam industri lakonan.



“Yang lain itu, hanya menjadi ‘pasu bunga’ sekadar jadi hiasan skrin televisyen dan kadang-kadang ‘menyemak’ serta merosakkan industri dengan gosip.

“Sebenarnya bila ada bakat dan kemudian diasah, pelakon ini boleh pergi jauh. Kalau masuk sekadar jadi lalang yang akan mati sendiri tanpa perlu dibunuh, buat apa,” katanya kepada mStar Online.

Difahamkan, Erma juga merupakan salah seorang juri uji bakat Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL), yang bermula sejak 1 Mac lalu sehingga 17 Mac depan.