fbpx

Erma Fatima Sebak Bila Najib Ditangkap

Berkongsikan perasaan di Instagram mengenai berita penangkapan bekas perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Najib baru-baru ini, Erma Fatima menyatakan bahawa dia cukup sebak selain turut menitiskan air mata. Penjelasannya di laman sosial itu turut mendapat pelbagai reaksi berbaur.

BACA: Erma Fatima Tak Percaya Iqram Dinzly ‘Sakit’

“Air mata aku menitis tak pasal-pasal malam ini. Sebak kerana sekian lama aku menunggu saat ini. Kerana jiwa aku makin sakit melihat bangsa aku berbalah antara satu sama lain. Mungkin kalian boleh mengatakan aku biadab kerana seolah berharap pada penangkapan ini. Silakan!”

“Aku berharap penangkapan ini akan mengurangkan dosa kita semua. Dosa kita yang selama ini hidup di dalam teka-teki. Spekulasi demi spekulasi sendiri,” kongsinya di Instagram.

Tambah Erma, dia berharap dengan penahanan Najib itu dapat mengakhiri segala fitnah memfitnah, tuduh menuduh, hina menghina, maki bermaki, dendam berdendam dan segala macam spekulasi berkaitan figura tersebut.

Sementara itu dalam perkembangan terbaru mengenai bekas PM tersebut, Najib mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berhubung dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta dan mahkamah memerintahkan bekas presiden Umno itu dijamin RM1 juta dengan dua penjamin dan pasportnya ditahan. (rtky/s)