fbpx

Hantu Kak Limah Kaut RM35 Juta, Hampir 3 Juta Penonton

Fenomena filem Hantu Kak Limah nampaknya tidak dapat dihentikan dan kini sudah pun mengaut RM35 juta sepanjang tayangan dan mencatatkan lebih 2.7 juta penonton secara kesuluruhan. Malah sehingga kini, filem berkenaan masih lagi ditayangkan di pawagam Malaysia, Brunei dan Singapura

BACA: 18 Hari Tayangan, HKL Raih RM32.5 Juta

Jumlah kutipan terkini itu dikongsikan oleh pihak Astro Shaw di laman Instagram mereka dan nampaknya peminat masih tidak henti-henti mengucapkan punchline filem berkenaan di ruangan komen.

Jumlah RM35 juta untuk perfileman tanah air untuk zaman sekarang adalah satu jumlah yang cukup memberangsangkan dan memberi harapan untuk filem-filem lain untuk memenangi hati penonton selepas ini.

Sama ada selepas ini pengarah filem tersebut iaitu Mamat Khalid akan hadir dengan filem terbaru di dalam francais yang sama, masihlah tidak diketahui. Apa yang pasti, Ropie yang memegang watak Nayan dalam filem tersebut berjaya menjadi ingatan penonton. (rtky/s)