18 Hari Tayangan, HKL Raih RM32.5 Juta
Naahhh, bukan selalu filem tempatan mampu mencapai jumlah kutipan sehingga pecah panggung sebegini rupa malah melalui sosial media juga, fenomena filem Hantu Kak Limah ini bagaikan terus hangat sehingga mampu mengalahkan kutipan tiket untuk filem antarabangsa.
BACA: “Siapa Kata Hantu Kak Limah Lawak Kosong & Bodoh?”
Jumlah kutipan terkini itu dikongsikan oleh pihak Astro Shaw di laman Instagram mereka. Musim cuti mungkin juga menjadi antara faktor kutipan tiket sehebat ini ditambah lagi jenaka yang ditampilkan juga adalah sesuai untuk ditonton seisi keluarga – di atas umur 13 tahun.
Melalui komen yang ditinggalkan juga, filem arahan Mamat Khalid ini juga dalam masa yang sama berjaya membuatkan penonton menonton filem tersebut lebih dari 2 kali.
Sementara itu dalam perkembangan lain, pelakon dan pengarah, Afdlin Shauki turut berbangga dengan pencapaian ini selain menyatakan agar nikmat tersebut dapatlah dikongsi bersama dengan pengarahnya juga.
Malah ada juga penonton yang bertanyakan sama ada pelakon-pelakon filem ini akan memperoleh bonus kerana jumlah kutipan yang bersamaan dengan populasi rakyat negara ini. Apa pun, pencapaian filem ini ternyata menjadi penanda aras terbaru dalam industri perfileman tanah air. (rtky/s)
Betul ckp Afdlin tu … yg kaya nnt bknnya Mamat Khalid. Contoh terbaik adalah Ahmad Idham. Waktu dia buat filem utk David Teo mmg untung besar. Bila dia buat sendiri, filem x brp nak laku.
astro jgn tau nak kaut sendiri aje, klu kuar filem sendu tak kemane jugak
Melayu mmg suka filem komedi dan seram dgn karekter2 yg dkt dgn jiwa mrk sehari2. Bg aku mamat kalid mmg terror menangi hati peminat penonton melayu dgn filem2nya. Ia filem ringan yg menghiburkan dan seronok ditonton berulang kali bersama kwn2 sebaya mau pun keluarga. Sbb tu kutipan filem ni melambung tinggi mengatasi rekod filem anak2 Yusof Haslam.
Awok sokong!