Hantar Rafael Ke Sekolah, Mawar Rashid Kesal Dituduh Malas Jaga Anak
Dalam kegembiraan bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi, pelakon Mawar Rashid menerima komen negatif daripada netizen yang mendakwa dia mengabaikan tanggungjawab menjaga anak lelakinya, Raden Muhammad Rafael.
Tuduhan tersebut berpunca dari tindakannya yang menghantar Rafael ke sekolah meskipun usianya baru setahun. Lebih kesal, netizen tersebut turut menuduh Mawar seolah malas jaga anak dan mendakwa selama ini anaknya dijaga oleh pembantu rumah dan ibunya.
BACA: Hamil Anak Perempuan, Mawar Rashid Mengidam Pakai Emas
“Mawar malas nak jaga Rafael ke suruh hantar sekolah? Kesian dia kecil lagi tu baru setahun. Perasan juga Rafael kecil Mawar macam tak jaga dia.
“Pembantu rumah dan mak Mawar yang jaga. Mawar macam tak suka anak, tapi sibuk bunting lagi,” tulis netizen tersebut.
Kesal dengan tuduhan tersebut, bagaimanapun Mawar berkata dia memaafkan serta mendoakan yang baik-baik sahaja untuk individu berkenaan.
“Astagfirullah, semoga Allah bersihkan hati awak. Apa pun saya maafkan awak dan saya doakan awak untuk banyak buat atau cakap tentang kebaikan,” katanya.
Dalam pada itu, menerusi satu posting, Mawar menjelaskan dia menghantar anaknya ke sekolah kerana tidak mahu mesiakan kelebihan anaknya yang bijak dan suka belajar banyak perkara.
“Macam Mawar, saya seorang ibu yang bekerja. Saya mempunyai perniagaan, pekerjaan selebriti saya, mesyuarat di sana sini.
“Mawar tak boleh nak bagi masa sepenuhnya dekat Rafael sebab tu Mawar putuskan untuk hantar ke sekolah belajar sebab sekolah akan mengajar macam-macam. Dah la Rafael tengah fasa bijak betul, fasa dia tengah absorb a lot of things. Saya tak nak bazirkan masa berharga ini untuk dia belajar,” katanya.
- SUMBER
- Astro Gempak
standard la weii mak mak bekerja. aku pon lepas pantang terus hantar anak pi pengasuh. kalau da dua tiga tahun mungkin boleh dah hantar sekolah yg belajar+nursery, drp bg kt makcik2 bawang jaga anak aku baik bagi cikgu. takde la anak aku tido sepanjang hari atau tengok tv je. yg komen tu mesti housewife bosan.
Ada2 je kan… semua org buat salah… yg dm tu je yg perfect lol
ramai acik acik bertudung memang malas. Nak suruh masak tak reti nak makan luar je, kemas rumah liat, basuh baju sanggup pakai sampai hapak baru nak basuh, kalau ajak main asyik bagi alasan mengantuk, suka hantar anak ke sekolah tahfiz dengan alasan nak dapat pahala tapi sebenarnye nak lepas kan tanggung jawab, tiap tiap bulan mintak duit suami tapi tak nak kerje, online shopping macam banyak duit…suami suami diluar sana boleh beri komen pengalaman buruk anda
montessori school adalah sekolah yang ajar method social skill sambil bermain..dan bukan learning based mcm tadika itu namanya playschool tempat yang mawar nak hantr tu. serius aku yang keje ni kalau mampu nak hantar anak playschool.tapi nak jugak yang terbaik kita hantar yang kita mampu mcm taska yang based playschool. kaji dulu sebelum kita komen rasanya all parent wanted a good future for their child
agaknya yg komen tu tak pernah bekerja, habis SPM terus menikah, beranak2 dan beranak jaga anak sepenuhmasa..itupun kalau smpai SPM belajar. Kalau bini org kayo sekalipun tak pernh bekerja, jdilah org kaya yg bijak bkn bangang.
Zaini.
Meh aku bg runding cara untuk kembalikan kehangatan umahtngga ko.
Yg bini ko jd malas tu mungkin dia bosan dgn ko. Bini kalo malas romen tu sbb sominya x reti bg stim. Ko asyik komplen kat sini bini ko x reti main. Ko try tnye bini ko apa dia stim ko dah la x jaga body, ketiak pun bau asam, jntn kan byk boroi lps kahwin. Pastu salahkan bini x nak beromen. Cuba ko fit six pack dan romen bini ko mcm dlm film hollywood. Maunye bini ko tolak. Bini2 di luar sana boleh bg pndpt bernas anda. Kita cuba bntu encik Zaini ni.
Zaini
Maybe kau dh boleh start upgrade diri cari kerja gaji 5 angka, pastu carikan maid dan pengasuh bertauliah. so isteri kau ada ruang untuk berhias dan fokus pd kau. so tak ada la serabut nk monitor anak 24 jam. eina azman pun cantik sebab ada pengasuh dan orang gaji. pastu boleh start balik rumah tu bawak bunga, belai isteri, urut kaki isteri belajar seni memikat isteri. ni balik2 kerja, dgn bini serabut uruskan anak2, kau main tepon pastu rasa horny tarik je bini paksa buat. pastu boleh la start fikir pendidikan anak sama2. jgn la jd bapak tak guna satu sen, future planning anak2 serah kt isteri bulat2.