Hans Isaac Umum Bakal Berkahwin Dengan Ratu Cantik, Francisca Luhong

Pelakon Datuk Hans Isaac mengumumkan bakal menamatkan zaman bujang dengan bekas Miss Universe Malaysia, Francisca Luhong.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Hans berkongsikan khabar gembira itu serta menyifatkan ianya adalah keputusan terbaik yang dilakukannya.

BACA: Hans Isaac Dah Tak Nak Jadi Pelakon, Penerbit Atau Pengarah

“Keputusan terbaik yang pernah saya buat dan dia berkata ya (setuju). Dia sudah terikat dengan saya sekarang. Tiada lagi ‘Hans bila nak kahwin?’,” tulisnya.

Dalam hantaran berkenaan, Hans turut berkongsikan momen melamar bakal isterinya itu di Menara Eiffel, Paris.

×