fbpx

Hans Isaac Terasa Hati Gurauan Zizan Razak?

Tidak dapat dinafikan bahawa kebanyakan majlis anugerah berkaitan industri seni tanah air, pastinya akan memilih individu yang berkebolehan berjenaka dan perkara itu turut terjadi pada Festival Filem Malaysia ke-29. Zizan Razak telah ditugaskan untuk menjadi hos utama.

BACA: “Maaf, Cinta Saya Bukan Untuk Zizan Razak”

Kehadiran pengacara yang mampu berjenaka pastinya adalah untuk mengelakkan timbulnya situasi bosan dan hambar pada sesuatu majlis namun nampaknya gurauan Zizan pada malam anugerah tersebut turut mengundang rasa kurang senang buat Hans Isaac.

Zizan tampil berjenaka dengan mempersoalkan sama ada Datuk Eizlan Yusof dan juga Datuk Hans Isaac mendapat atau membeli baju yang dipakai mereka. Bagi siapa yang menonton majlis anugerah tersebut mungkin terkejut mahu pun ketawa kerana soalan Zizan seakan akan mempersoalkan sama ada gelaran Datuk mereka dibeli atau pun diberi – namun dengan sedikit twist di penghujungnya.

Perkara tersebut disuarakan oleh Hans di Instagram dan turut menerima reaksi yang mempertikaikan pemilihan Zizan sebagai pengacara yang penuh prestij tersebut.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Afdlin Shauki turut mempertikaikan tindakan Zizan yang memakai kaca mata hitam ketika mengacarakan majlis. Namun di ruangan komen di laman Instagram itu, Afdlin pula yang menjadi mangsa kecaman warga laman sosial.

Zizan dalam kenyataanya kepada BH Online menyifatkan apa yang dilakukkannya tidak keterlaluan malah setiap apa yang diperkatakan olehnya sudah dipersetujui oleh pihak produksi.

Apa pun, FFM tidak sah sekiranya tidak ada kontroversi. Jika sebelum ini pemilihan filem yang dinobatkan sebagai pemenang dipertikaikan, kini pengacara pula dilihat tidak profesional.

Well, inilah indsutri perfileman negara kita. Bak kata Zizan pada malam itu – gosip sana gosip sini, nanti berjumpa juga. (rtky/s)