Hero filem Nota, Hans Isaac menjelaskan bahawa dia berdebar apabila disuruh oleh pengarah untuk melakukan adegan ranjang bersama pelakon Jepun yang tidak dikenalinya dalam filem terbaru lakonannya bersama Maya Karin itu.

Memegang karakter sebagai Kamal, Hans Isaac nyata mempunyai gayanya tersendiri apabila melakukan aksi tersebut yang dianggap sebagai aksi paling mencabar dirinya sepanjang menjalani penggambaran filem kali ini.


BACA: Nafi Bercinta Dengan Hans Isaac, Neelofa Masih Solo


“Hari pertama menjalankan penggambaran saya dah kena buka baju atas katil dan malu sangat apabila saya perlu berlakon dengan pelakon dari Jepun yang sememangnya saya tidak pernah kenal atau berjumpa. Berpeluh dan malu juga apabila disuruh melakonkan adegan yang sebegitu”

“Tapi saya perlu menjadi seorang profesional kerana mungkin di Jepun perkara ini normal di Malaysia tidak dan saya hormat dengan undang-undang negara. Apa yang kita buat ada hadnya,” katanya yang sebelum ini juga pernah melakonkan aksi bercumbuan dalam filem Miss You Like Crazy bersama pelakon Filipina.



Dalam pada itu, Hans turut menjelaskan pertama kali gandingannya bersama Maya Karin di layar perak tidaklah sesukar mana kerana mereka sebelum ini sudah pun mengenali. Menurutnya lagi filem ini tidak perlu untuknya mendapatkan chemistry bersama Maya.

“Filem ini minimum dialog dan anda akan dapat saksikan kelainan filem ini daripada filem-filem yang pernah anda tonton sebelum ini. Saya senang dengan Maya sebab sudah lama berkawan dalam industry dan Maya merupakan seorang pelakon yang berbakat besar membuatkan kita senang bekerja dengannya”

Filem Nota akan mula ditayangkan pada 13 Ogos 2015 secara serentak di seluruh pawagam tanah air. Bagi peminat-peminat Maya Karin dan hero kacak Hans Isaac jangan lupa untuk menyaksikannya pada bulan depan. (rtky/h)