fbpx

Hans Isaac Akui Sudah Ada Teman Wanita

Selepas hampir setahun putus tunang, nampaknya hati Datuk Hans Isaac dicuri lagi. Baru-baru ini, Hans mendedahkan beliau tidak lagi bersendirian dan mengakui sudah menemui pengganti. Bagaimanapun, beliau memilih untuk merahsiakan idenditi teman wanitanya itu.

BACA: Hans Isaac Batalkan Perkahwinan

“Saya tidak lagi bersendirian kerana sudah ada teman wanita. Namun, saya belum bersedia mendedahkan identiti wanita itu kerana saya tidak akan berkongsi kisah peribadi sebelum tiba waktunya.

“Tetapi, sekiranya sudah tiba masa untuk saya menamatkan zaman bujang, pasti perkara itu akan saya beritahu semua,” katanya kepada BH Online.

Dalam pada itu, Hans berkata kehadiran wanita itu dalam hidupnya menghilangkan segala kesedihan yang dialaminya selama ini.

Terdahulu, pada 29 Januari tahun lalu Hans mengikat tali pertunangan dengan model Gabriella Robinson dan merancang untuk berkahwin pada 29 Julai. Bagaimanapun, perancangan itu ditunda pada tarikh lain sebelum Hans mengesahkan hubungannya dengan Gabriella sudah berakhir.